Sunset

Sunset

Friday, December 31, 2010

Bahu Kamu

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

aku mahukan bahu
bukan hak milik sementara
hakikatnya adalah milik kekal
hanya untuk aku!
ianya akan aku gunakan
sebagai tempat menzahirkan kasih sayang
lokasi menghamburkan kesedihan dan tangisan
bagi menghilangkan lelah dan kerisauan
sememangnya aku mahu bahu 
bahu kamu, insan yang aku cintai

anisahsamingan

Saturday, December 25, 2010

Hanya Dia

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

aku tidak pasti
aku kenang dia sebagai siapa?
aku mengenang dia sebagai seorang yang bagaimana?
jujur aku tidak pasti
dia kembali saat aku masih muda
masih terlalu mentah untuk mengenal segalanya
untuk mengerti segala tanpa tunjuk dan bicara
masih banyak yang belum dia cerita
masih banyak yang perlu aku tanya
namun, semua itu hanya tinggal mimpi..
tapi hanya satu yang aku pasti
aku cinta dia, aku rindu dia
hanya dia, tiada duanya
moga rohmu tenang disana.. 
Al-fatihah.


dari anak yang sentiasa menyanyangimu,
anisahsamingan

Thursday, December 16, 2010

Masa Silam

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

tiap manusia mempunyai masa silam
kenangan yang indah
kenangan yang cukup pahit
tetapi semua itu tidak perlu ditanyakan
atau diungkitkan pada khalayak
mahupun pada aku
apa yang aku perlu tahu adalah
apakah aku punyai kesempatan
apakah aku punyai ruang 
ruang dihatimu pada masa depanmu?
katakanlah dengan cukup indah
meskipun ianya terlalu menyakitkan

anisahsamingan

Wednesday, December 15, 2010

Cinta di Syurga

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

jodoh aku belum sampai
sehinggakan ada yang berkata
manusia tidak mahu bercinta dengan aku
jika itu ketentuan, aku redha
aku mahu bercinta dengan indah di Syurga

anisahsamingan

Tuesday, December 14, 2010

Matahari

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.


Kudatang mencarimu
Yang berselindung dalam bayangan
Ternyatalah kealpaan
Menjadi duri dalam jiwaku

Semakin jauh menyusur matahari
Semakin aku hilang arah tujuku
Tidak kusangka yang terang akan suram
Meskipun intan bayangnya
Jua tak berwajah

Biarpun gelap malam
Mata terpejam hatiku tenang
Kekusutan ansur pulang
Bersama bayang siang semalam

Baru kutahu ertinya
Sakit yang mencengkam dada
Malam yang sesepi itu 
Terbuka jalan selebar dunia 


original song by Amuk

Sunday, December 12, 2010

Sabar

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

sangat mudah menyebut perkataan sabar
tapi tidak mudah untuk menahan kesabaran
apabila kesabaran ditahap infiniti
boleh hilang famili, kawan dan juga cinta
sangat bahaya bukan?
tapi, hanya satu yang aku pegang
sabar itu sebahagian daripada iman

anisahsamingan

Saturday, December 11, 2010

Kawan dan Musuh

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

kawan
insan yang sentiasa ada disekeliling
ada kawan suka dan duka
ada kawan ketika suka sahaja
banyak juga kawan yang hilang bila berduka
musuh
insan yang kita selalu elakkan
jika boleh, perlu sahaja dibunuh
ada musuh nyata dan musuh dalam selimut
yang pasti, musuh semuanya dibenci
tidak seperti kawan yang selalu disayangi
namun
satu perkara yang perlu diingat 
kata-kata yang harus dipegang
kawan tidak selamanya menjadi kawan
musuh tidak selamanya menjadi musuh
karena kawan bisa menjadi musuh
musuh juga bisa menjadi kawan sejati
berhati-hatilah dalam berkawan
begitu juga ketika menghadapi musuh

anisahsamingan



Friday, December 10, 2010

Budak Pendek

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

setiap hari, mereka memanggil
hoi budak pendek!
kenapa kau pendek sangat?
budak pendek, budak pendek..
aku sedar aku memang pendek
tapi..
mak aku cakap, pendek ni cantik
abang aku cakap, pendek ni molek
pakcik aku cakap, pendek ni manis
nenek aku cakap, pendek ni pandai
cikgu pulak cakap, pendek ni bijak
tapi yang paling aku tau
ko memang dengki
sebab aku budak pendek

anisahsamingan

Wednesday, December 8, 2010

Cantik

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

sememangnya dia cantik.
secantik taman bunga di floria putrajaya
mempunyai pelbagai warna
yang menjadi tumpuan
Sang kumbang dan rama-rama 
dan juga seluruh pelusuk manusia
yang turut menari bersama
dan terbang mencari kuntuman bunga
yang sejiwa dengan mereka


anisahsamingan

Air Mata

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

air mata ini
hanya akanku gunakan
menjadi tinta istimewa
hanya untuk menulis
bicara jiwa kepadamu
bahasa yang ringkas
tapi cukup terkesan di akal dan jiwamu


anisahsamingan

Tuesday, December 7, 2010

Aku Mohon

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

aku mohon
jangan buat begitu
jangan biarkan aku
ianya sangat menyakitkan
seluruh anggota termasuk urat dan ototku
aku mohon
janganlah..


anisahsamingan

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

setahun sekali
datang menemui kita
tiap kali itulah
setiap manusia berusaha
muhasabah diri tentang kekhilafan yang lalu
disamping menyenaraikan azam yang baru
tanpa rasa jemu
oleh itu
sambutlah kedatangan tahun baru
dengan semangat yang jitu
serta doa dan usaha yang tak pernah putus



Salam Maal Hijrah 1432H.
anisahsamingan

Gila

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.


gila
itulah yang mereka sedang katakan
sedang mereka bicarakan..
ya, mereka kata aku gila
tapi
salahkah bila aku gila 
hanya semata-mata
untuk melihat kesayanganku bahagia?
salahkah aku?
biarlah
aku hanya mengharapkan
gila yang aku miliki
tidak menyusahkan, tidak membengangkan
mereka yang mengatakan aku gila
dan penduduk seantero dunia

aku yang tak gila,
anisahsamingan

Thursday, December 2, 2010

Pohon Tua

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

pohon tua
yang dahulunya tegak berdiri
megah diruang itu
menjemput para tetamu
menjadi landmark yang megah
dipuji seumpama seorang putera kacak
yang sedang berdiri di beranda
sambil melambai ke arah rakyat jelata

pohon tua
yang dahulunya rendang memayungi
penuh rimbunan daun nan hijau
mengeluarkan buah berwarna merah ayu
mengikut musim tersendiri
masih dipuji berkali-kali

pohon tua
yang kini sememangnya tua
lebih tua dari umur anak sulung keluarga
tidak mampu lagi berdiri sendiri
condong ke sana dan ke sini
akar semakin mati

pohon tua
daunan semakin berterbangan
ranting patah berguguran
dahan yang satu ketika amat kukuh 
tidak mampu lagi menampung
anak-anak kecil yang sering bergayutan
mereka akhirnya tumpas satu persatu 
dijadikan kayu api pembakar bediang.

begitulah kehidupan kita
kerana tua menjemput dan menanti kita
tanpa kita sedari dan akui
penyakit tua tiada penyembuhnya
malah mungkin sebagai satu petanda
berakhinya segala yang dicita.

anisahsamingan
02/12/2010