Sunset

Sunset

Sunday, January 30, 2011

Nyanyian

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

kau ibarat nyanyian hujan
yang setia jatuh ke bumi
tanpa mengenal erti jerit perit
memberi peringatan dan kesenangan
menjadi peneman... aku.


anisahsamingan

Saturday, January 29, 2011

Sentap

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

sedang emosi retak menanti belah
emosi tadi tiba-tiba berubah
mulut terkunci, wajah tersentap
dada pula berombak ganas
ibarat musim tengkujuh di Terengganu
emosi retak automatik berkecai
berita apakah yang kau khabarkan?
tidakkah sedar apa yang kau lakukan?
sanggupnya kau melakukan demikian
meruntunkan hatiku, menyentap jiwaku
adakah aku yang tidak fahami kamu?
tidak mengerti jiwa kamu?
aku masih keliru...

anisahsamingan

Monday, January 24, 2011

Kesayanganku

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

kesayanganku
apakah yang bermain dimindamu
apakah yang sedang kau fikir dibenakmu
sehingga kau nekad bertindak begitu
meninggalkan aku termanggu
membiarkan aku menangkis berjuta persoalan
membiarkan aku menerima seribu satu tohmahan
aku tidak mahu kau terus hanyut dan tenggelam
bersama dunia khayalan yang kau bayangkan
di dalam dunia yang engkau ciptakan
tahukah dikau wahai kesayanganku
aku amat menyayangimu
tidak sanggup membiarkanmu
tidak mahu engkau jadi begitu
kembalilah ke jalanku
bukan jalan menuju ke arahku
tetapi jalan yang menuju ke arah cita-citamu 
yang cukup indah dan jitu

anisahsamingan

Thursday, January 20, 2011

Pelangi Petang

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

hadirmu hanya seketika
tetapi cukup bermakna
kerana telah menyinari dunia aku
memberi kegembiraan dan suka-duka
benarlah seperti lagu Sudirman
kau ibarat pelangi petang
karena kau kan pasti pergi jua
hanya satu yang inginku ucapkan
terima kasih atas kenangan

anisahsamingan

Sunday, January 9, 2011

Lukisan Kanvas

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

kanvas putih aku coretkan warna
menjadi satu lukisan yang indah
disamping mainan warna-warna yang cukup ceria
pastinya lukisan kanvas itu menjadi lebih indah
dengan terlukis senyumanmu diatasnya

aku tidak mahu senyuman berlipstik
dengan hanya menekap bibirmu diatas kanvas
dan seolah-olah senyumanmu sentiasa disitu
aku tidak mahu begitu.

aku juga tidak mahu foto kamu
foto satu album yang penuh dengan senyuman menawanmu
sehingga bisa membuat mataku juling
karena menatap fotomu setiap hari
aku tidak mahu begitu.

apa yang aku mahukan
senyuman ikhlas yang terbit dari bibirmu
yang akan menemani setiap siang dan malamku
hanya itu, aku tidak mahu yang lain

gabungan idea:
Anisah Samingan & Raja Farhan Raja Mahat

Mimpi Yang Mati

Asslamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

amat meminati tulisan lirik ini
amat mengagumi kord lagu ini
aku telah dengar setiap hari
mimpi yang mati


enjoy the song. 
anisahsamingan

Saturday, January 8, 2011

Pelangi

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

pelangi itu sangat indah
aku mahu gapainya
aku mahu berlari-lari diatasnya
seperti anak kecil yang keriangan
mendapat gula-gula lolly pop
tapi, aku masih terperangkap di dalam jaga
tidak mampu, dan mungkin tidak bisa mengejarnya

anisahsamingan

Tuesday, January 4, 2011

Pintu

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

saat waktu kian kemuncaknya
aku telah sampai dimuka pintu
aku terus termanggu dan menunggu
menanti ada insan membukanya
tapi, berkesudahan hampa dan kecewa
tiada lagi yang perlu aku tunggu
dengan linangan air mata
aku terus berlalu meninggalkan pintu
yang mungkin tidak dapat ku cari kuncinya

anisahsamingan

Monday, January 3, 2011

Menangis

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

air mata yang mengalir, 
takkan dapat ku tahan
hebatnya kuasa-Mu Tuhan
aku mohon kepada-Mu, 
jangan pernah abaikan aku
berilah petunjuk dan jalan-Mu
di setiap ketika aku mencari
keredhaan dan kasih sayang-Mu

anisahsamingan

Sunday, January 2, 2011

Memujuk Hati

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

aku masih termanggu di atas batu
saat menghamparkan pandangan ke arah laut kelam
ku ubah dengan pandangan mendongak ke langit
tiada lagi cahaya bulan yang sentiasa menemani malamku
tiada juga gugusan buruj yang selaluku angankan
untuk dijadikan anyaman dan ukiran namamu di dada langit
malam ini semua itu tiada disisi
kini aku bersendiri sambil bermonolog dengan diri
memujuk hati...
memujuk hati...
dan memujuk hati...

anisahsamingan


Saturday, January 1, 2011

Dinding

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

aku telah membina sebuah dinding
menggunakan khdimat kontraktor kelas A
menggunakan bahan yang sangat berkualiti
binaan indah tanpa menggunakan simen dan konkrit
hanya menggunakan batuan seperti piramid 
dihiasi pula dengan marmar berkilaun
yang diimport khas dari negara arab
aku harap dinding itu cukup kukuh
iaitu dinding dihatiku ini
mampu bertahan lama dan
cukup tebal untuk menghalangi cinta kamu
karena aku tahu, jika aku jatuh cinta
hanya aku yang merana pada akhirnya
jujur.. aku tidak sanggup untuk menghadapinya

anisahsamingan

Suku Abad

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

Tahun 2011 adalah permulaan baru
umur juga sudah mencecah suku abad
aku seakan tidak percaya, adakah benar?
seolah-olah baru semalam mengenal algebra
baru kelmarin mengenal kitaran hayat serangga
kini telah berubah semuanya, namun..
masih tebal ilmu yang aku belum belajar
masih banyak yang belum aku kenali
masih tercari-cari jalan yang ingin ku gapai
masih terkubur matlamat yang belum tercapai
apa yang aku harapkan
bermulanya umurku suku abad
kehidupanku menjadi lebih sempurna
mengharapkan kegembiraaan sentiasa datang menyapa
bahagia yang ku idamkan juga menjadi nyata
selain berdoa ketabahan dan kesabaran semakin meningkat
aku juga harapkan aku cukup kuat
dalam menghadapi ujian yang bakal menduga


Selamat Tahun Baru 2011
anisahsamingan