Sunset

Sunset

Sunday, November 28, 2010

Terima Kasih


Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

terima kasih
karena membenci aku
setinggi bangunan al-burj
semakin kamu membenci
semakin aku menyedari
masih ada yg menyayangi
setinggi langit ke tujuh
yang sememangnya lebih tinggi
dah lebih agung 
dari al-burj di Dubai.

anisahsamingan
28/11/2010

Berlari

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.


Ianya berlari
meninggalkan aku jauh dibelakang
dengan kelajuan catatan rekod dunia pelari pecut
aku tak mampu mengejar
sedangkan aku semput dalam perjalanan
penat
memikirkan bilakah aku akan sampai
bagaimana untuk mencapai
mungkinkah perlu mengejar
menggunakan kereta Ferrari merah
atau kereta F1
tapi kelajuan pelari pecut
sememangnya hebat
tidak terlawan
dengan kelajuan kereta buatan pelbagai benua
aku masih perlu berlari mengejar
walaupun semput dan lelah
kerana perlu merampas
baton kehidupan dihadapan.

anisahsamingan
27.11.2010

Semangat yang Hilang

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

dimanakah?
kemanakah?
harus aku cari
semangat yg telah hilang
semangat yg telah pergi

anisahsamingan
24.09.2010

Pergi Jauh

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.


aku mahu pergi,
pergi jauh-jauh,
jauh dari segalanya,
segala yang menyesakkan jiwa.

aku mahu pergi,
pergi mencari kembali,
dalam diri yang telah hilang,
yang semakin hilang & tenggelam.

anisahsamingan
20.09.2010



Jangan

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.


jangan pernah lupakan aku.. 
meskipun ianya terlalu pahit, 
kenangkanlah segala yang manis. 


anisahsamingan
03/08/2010

Kau dan Aku

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

kau dan aku, 
tak mungkin akan bersatu, 
jika engkau hanya begitu, 
mendiam diri membatu, 
membuat aku tertunggu-tunggu, 
menanti kata cinta darimu, 
sehingga segalanya berlalu, 
dan aku masih tertunggu, 
tiada khabar darimu, 
rupanya.. 
sememangnya kau bukan takdirku, 
namun, aku redha.. 
redha dgn ketentuan itu. 


anisahsamingan
31/07/2010

Rasa Itu Ada


Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

rasa manis, gula.
rasa gembira, bahagia..
rasa masin, garam.
rasa marah geram!!
rasa masam, cuka,
rasa pedih, derita..
namun,
aku pernah rasa semuanya,
aku pernah rasa bahagia, aku pernah rasa gembira,
begitu juga rasa derita dan rasa sengsara,
aku juga pernah rasa masam, tapi itu adalah cuka!!
kini tidak kira apa rasanya, hidup ku teruskan jua.
tanpa sesal di dalam dada..

anisahsamingan
02/01/2010


Hatiku

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

Hatiku,
Aku pernah menyerahkan seluruh hati,
Namun, aku tak pernah dapatnya kembali,
Terima kasih atas cinta ini.
Hatiku,
Siang dan malam bersilih ganti,
Hatiku terlalu sukar untuk diubati,
Sehingga kini, masih bersisa dalam diri,
Hatiku,
aku mahu sembuhkannya,
Menghilangkan segala derita yang masih bersisa,
Dan mahu menuju ke arah bahagia.
Bantui aku Ya Allah..

anisahsamingan
05/12/2009

Hati dan Lidah

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

hati dan lidah
ciptaan agung
mempunyai kaitan
umpama rantai sauh
kapal berlabuh di pelabuhan
ada ketikanya
dikala hati ingin berkata
lidah pula kelu untuk bicara
dengan kecanggihan ciptaan
maka terciptalah
medan maya
segala bisa menjadi nyata
bagi bicara hati dan jiwa
moga tiada yang terguris
mahupun kecewa
karena aku menulis
mengikut selera jiwa
tanpa memikirkan
keindahan bahasa

anisahsamingan