Sunset

Sunset

Friday, July 22, 2011

Harga Sebuah Tangisan

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

bila gembira, aku menangis 
bila sedih, aku juga menangis
bila hampa, aku menangis
bila kecewa, aku turut menangis
sekarang, aku memang kerap menangis
hampir tiap hari, tiap malam
tidak kira di dalam bilik
dan kini, di hadapan semua orang
tapi semuanya hanyalah kerana kesedihan
kehampaan & kekecewaan semata-mata
tapi apa yang aku harapkan
biarlah tangisan aku selepas ini
hanyalah tangisan kegembiraan
gembira kerana kejayaan mereka
gembira kerana kebahagiaan mereka
sememangnya tangisan aku tiada harganya

anisahsamingan

Sunday, July 17, 2011

Sudah Tiba

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

kini..
masanya sudah tiba
kegilaan yang menjadi peneman
harus kau tinggalkan
bukan untuk selamanya
tapi hanya untuk seketika

kau harus sedar
segalanya kini di depan mata
jalan yang bercabang dua
simpang kehidupan yang bakal memberi makna
aku tidak mahu memaksa
hanya memberi dorongan cuma
pilihlah jalan yang bakal memberi bahagia
kepada diri, kehidupan dan keluarga

aku tidak mahu satu masa nanti
datangnya kau kepadaku
dengan sejuta penyesalan di dada
kerana salah dalam percaturan
silap dalam tindakan

ingatlah sekalian
seumur hidupmu nanti
peluang hanya datang sekali
jika peluang muncul kembali
ianya tetap tidak sama 
namun ia sangat memberi erti
dan jangan sesekali menyesali

anisahsamingan

Sunday, July 10, 2011

Pelangi Hati

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.


mahu pergi mencari
mencari pelangi hati
bukan pelangi berkembar
tapi satu pelangi yang sentiasa mewarnai
jiwa dan hati nurani
aku menanti kau wahai pelangi


anisahsamingan

Thursday, April 14, 2011

Emosi

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

tersenyum, ketawa, menangis
gembira, suka bersedih
sememangnya
emosi yang tak tentu
kerana mengikut alunan lagu alam
yang dipersembahkan kepada dunia

anisahsamingan

Saturday, March 12, 2011

Sedetik Lebih

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

setiap nafas yang dihembus
setiap degupan jantung
aku selalu memikirkanmu
dalam sedar dibuai angan
dalam tidur dan khayalan
aku selalu memikirkanmu
ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
barulah terasa ku bernyawa
kasihku... ku amat mencintai kamu
kerna kau beri erti hidup
ku kan terus mencinta
sedetik lebih serta selamanya
di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
ku bersyukur adanya kamu
biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
asal masih adanya kamu
ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
barulah terasa ku bernyawa
kasihku... ku amat mencintai kamu 
kerna kau beri erti hidup
ku kan terus mencinta
sedetik lebih serta selamanya...


lagu yang begitu istimewa
lirik dan melodi yang begitu bermakna
inilah soundtrack Hikayat Merong Mahawangsa
nyanyian: Anuar Zain
Lirik & Lagu: Edry Abdul Halim

Sendiri

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

kenapa?
tiba-tiba rasa sendiri
senyap tanpa suara
sunyi tanpa teman
aku tidak mahu sendiri...

anisahsamingan

Friday, March 11, 2011

Kecil Jiwanya

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

kecil
itu yang boleh aku nyatakan
tentang jiwa mereka
masih belum mengenali
masih belum bisa membezakan
inikan pula untuk melaksanakan
sememangnya tepat!
mereka berjiwa kecil

anisahsamingan

Saturday, February 26, 2011

Mungkin

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

mungkin
perkataan yang berlari-lari di akal
mempersenda hati dan juga iman
sememangnya tidak layak untuk aku menyoal
segala takdir dan ketentuan
tapi masih aku dalam kekeliruan
aku tetap juga menyoal
mungkinkah aku yang bersalah?
mungkinkah aku yang tidak faham?
mungkinkah aku yang salah faham?
atau,
mungkin juga kau yang tidak pernah faham
mungkinkah kau telah salah faham?
tentang aku
mungkin...


anisahsamingan

Saturday, February 19, 2011

Bulan Terang

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

wahai kekasih
dimanakah dikau saat ini?
adakah kau sedang menikmati bulan yang sedang terang
mengambang tanpa rasa segan
disamping kerdipan cahaya bintang..
saat ini, hatiku sedang berkata sendiri
monolog tanpa bunyi
alangkah indahnya andai kita dapat menari-nari
ditepi tasik sambil ditemani cahaya bulan bintang
diiringi alunan melodi alam yang cukup mengasyikkan
hanya kau dan aku 
dibawah bulan terang


anisahsamingan



Sampai Mati

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

sampai mati?
ya!!
jika kau sayang aku separuh mati,
aku akan sayang kau sampai mati,
itu janji aku.
dan kita bercinta lagi di syurga nanti,
jika itu takdir-Nya..


anisahsamingan

Sunday, February 6, 2011

Ketika Aku Sayang Kamu

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

ketika aku sayang kamu
kamu katakan itu palsu
ketika aku sayang kamu
kamu tetap tidak percaya kataku
ketika aku sayang kamu
kamu pergi mencari yang lain
namun,
sehinggalah saat itu
sayang itu bukanlah pada kamu
tapi untuk insan yang belum aku tahu...


anisahsamingan

Sunday, January 30, 2011

Nyanyian

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

kau ibarat nyanyian hujan
yang setia jatuh ke bumi
tanpa mengenal erti jerit perit
memberi peringatan dan kesenangan
menjadi peneman... aku.


anisahsamingan

Saturday, January 29, 2011

Sentap

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

sedang emosi retak menanti belah
emosi tadi tiba-tiba berubah
mulut terkunci, wajah tersentap
dada pula berombak ganas
ibarat musim tengkujuh di Terengganu
emosi retak automatik berkecai
berita apakah yang kau khabarkan?
tidakkah sedar apa yang kau lakukan?
sanggupnya kau melakukan demikian
meruntunkan hatiku, menyentap jiwaku
adakah aku yang tidak fahami kamu?
tidak mengerti jiwa kamu?
aku masih keliru...

anisahsamingan

Monday, January 24, 2011

Kesayanganku

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

kesayanganku
apakah yang bermain dimindamu
apakah yang sedang kau fikir dibenakmu
sehingga kau nekad bertindak begitu
meninggalkan aku termanggu
membiarkan aku menangkis berjuta persoalan
membiarkan aku menerima seribu satu tohmahan
aku tidak mahu kau terus hanyut dan tenggelam
bersama dunia khayalan yang kau bayangkan
di dalam dunia yang engkau ciptakan
tahukah dikau wahai kesayanganku
aku amat menyayangimu
tidak sanggup membiarkanmu
tidak mahu engkau jadi begitu
kembalilah ke jalanku
bukan jalan menuju ke arahku
tetapi jalan yang menuju ke arah cita-citamu 
yang cukup indah dan jitu

anisahsamingan

Thursday, January 20, 2011

Pelangi Petang

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

hadirmu hanya seketika
tetapi cukup bermakna
kerana telah menyinari dunia aku
memberi kegembiraan dan suka-duka
benarlah seperti lagu Sudirman
kau ibarat pelangi petang
karena kau kan pasti pergi jua
hanya satu yang inginku ucapkan
terima kasih atas kenangan

anisahsamingan

Sunday, January 9, 2011

Lukisan Kanvas

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

kanvas putih aku coretkan warna
menjadi satu lukisan yang indah
disamping mainan warna-warna yang cukup ceria
pastinya lukisan kanvas itu menjadi lebih indah
dengan terlukis senyumanmu diatasnya

aku tidak mahu senyuman berlipstik
dengan hanya menekap bibirmu diatas kanvas
dan seolah-olah senyumanmu sentiasa disitu
aku tidak mahu begitu.

aku juga tidak mahu foto kamu
foto satu album yang penuh dengan senyuman menawanmu
sehingga bisa membuat mataku juling
karena menatap fotomu setiap hari
aku tidak mahu begitu.

apa yang aku mahukan
senyuman ikhlas yang terbit dari bibirmu
yang akan menemani setiap siang dan malamku
hanya itu, aku tidak mahu yang lain

gabungan idea:
Anisah Samingan & Raja Farhan Raja Mahat

Mimpi Yang Mati

Asslamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

amat meminati tulisan lirik ini
amat mengagumi kord lagu ini
aku telah dengar setiap hari
mimpi yang mati


enjoy the song. 
anisahsamingan

Saturday, January 8, 2011

Pelangi

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

pelangi itu sangat indah
aku mahu gapainya
aku mahu berlari-lari diatasnya
seperti anak kecil yang keriangan
mendapat gula-gula lolly pop
tapi, aku masih terperangkap di dalam jaga
tidak mampu, dan mungkin tidak bisa mengejarnya

anisahsamingan

Tuesday, January 4, 2011

Pintu

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

saat waktu kian kemuncaknya
aku telah sampai dimuka pintu
aku terus termanggu dan menunggu
menanti ada insan membukanya
tapi, berkesudahan hampa dan kecewa
tiada lagi yang perlu aku tunggu
dengan linangan air mata
aku terus berlalu meninggalkan pintu
yang mungkin tidak dapat ku cari kuncinya

anisahsamingan

Monday, January 3, 2011

Menangis

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

air mata yang mengalir, 
takkan dapat ku tahan
hebatnya kuasa-Mu Tuhan
aku mohon kepada-Mu, 
jangan pernah abaikan aku
berilah petunjuk dan jalan-Mu
di setiap ketika aku mencari
keredhaan dan kasih sayang-Mu

anisahsamingan

Sunday, January 2, 2011

Memujuk Hati

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

aku masih termanggu di atas batu
saat menghamparkan pandangan ke arah laut kelam
ku ubah dengan pandangan mendongak ke langit
tiada lagi cahaya bulan yang sentiasa menemani malamku
tiada juga gugusan buruj yang selaluku angankan
untuk dijadikan anyaman dan ukiran namamu di dada langit
malam ini semua itu tiada disisi
kini aku bersendiri sambil bermonolog dengan diri
memujuk hati...
memujuk hati...
dan memujuk hati...

anisahsamingan


Saturday, January 1, 2011

Dinding

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

aku telah membina sebuah dinding
menggunakan khdimat kontraktor kelas A
menggunakan bahan yang sangat berkualiti
binaan indah tanpa menggunakan simen dan konkrit
hanya menggunakan batuan seperti piramid 
dihiasi pula dengan marmar berkilaun
yang diimport khas dari negara arab
aku harap dinding itu cukup kukuh
iaitu dinding dihatiku ini
mampu bertahan lama dan
cukup tebal untuk menghalangi cinta kamu
karena aku tahu, jika aku jatuh cinta
hanya aku yang merana pada akhirnya
jujur.. aku tidak sanggup untuk menghadapinya

anisahsamingan

Suku Abad

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.

Tahun 2011 adalah permulaan baru
umur juga sudah mencecah suku abad
aku seakan tidak percaya, adakah benar?
seolah-olah baru semalam mengenal algebra
baru kelmarin mengenal kitaran hayat serangga
kini telah berubah semuanya, namun..
masih tebal ilmu yang aku belum belajar
masih banyak yang belum aku kenali
masih tercari-cari jalan yang ingin ku gapai
masih terkubur matlamat yang belum tercapai
apa yang aku harapkan
bermulanya umurku suku abad
kehidupanku menjadi lebih sempurna
mengharapkan kegembiraaan sentiasa datang menyapa
bahagia yang ku idamkan juga menjadi nyata
selain berdoa ketabahan dan kesabaran semakin meningkat
aku juga harapkan aku cukup kuat
dalam menghadapi ujian yang bakal menduga


Selamat Tahun Baru 2011
anisahsamingan