Sunset

Sunset

Sunday, November 28, 2010

Berlari

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera.


Ianya berlari
meninggalkan aku jauh dibelakang
dengan kelajuan catatan rekod dunia pelari pecut
aku tak mampu mengejar
sedangkan aku semput dalam perjalanan
penat
memikirkan bilakah aku akan sampai
bagaimana untuk mencapai
mungkinkah perlu mengejar
menggunakan kereta Ferrari merah
atau kereta F1
tapi kelajuan pelari pecut
sememangnya hebat
tidak terlawan
dengan kelajuan kereta buatan pelbagai benua
aku masih perlu berlari mengejar
walaupun semput dan lelah
kerana perlu merampas
baton kehidupan dihadapan.

anisahsamingan
27.11.2010

No comments: